30 MENU 30 HIKMAH
Ebook 30 Menu 30 Hikmah Hidangan Ramadhan untuk jiwa dan keluarga lahir daripada perjalanan peribadi saya sebagai seorang wanita yang melalui Ramadhan dengan penuh rasa syukur, keterbatasan dan harapan. Setiap menu yang dikongsi bukanlah yang paling sempurna, tetapi ia disertai dengan hikmah yang lahir daripada pemerhatian, pengalaman dan renungan sepanjang bulan yang mulia ini. Saya percaya bahawa memasak di bulan Ramadhan bukan sekadar rutin harian, tetapi satu bentuk pengabdian. Setiap potongan bahan, setiap kacauan masakan dan setiap hidangan yang dihidangkan boleh menjadi ibadah apabila disertai niat yang betul. Dalam kesederhanaan itulah terletaknya ketenangan. Melalui ebook ini, saya berharap para pembaca dapat merasai bahawa dapur juga boleh menjadi ruang muhasabah, tempat doa dilafazkan tanpa suara, dan medan kasih sayang diterjemahkan melalui hidangan. Semoga 30 menu ini menemani hari-hari Ramadhan anda dengan rasa cukup, hati yang tenang dan jiwa yang lebih dekat kepada Allah. Nilai tambah ebook ini adalah untuk keluarga. Ia boleh dijadikan bahan tazkirah ringan,sesuai dijadikan hadiah bulan Ramadhan yang mulia. Ia juga mudah dibawa dan praktikal.
Currently No Review